Friday, July 14, 2006

Tan Sri Khalid Bendahari Agung terbaik

Parti Keadilan Rakyat (keADILan) Bahagian Parit Sulong mengucapkan tahniah dan syabas kepada Tan Sri Khalid Ibrahim kerana perlantikan sebagai Bendahari Agung yang baru yang berkuat kuasa awal minggu ini. Beliau merupakan tokoh korporat dan ahli perniagaan yang cukup disegani selain bersih daripada segala korupsi dan rasuah.

Kita harus berbangga apabila mempunyai Bendahari Agung yang jauh lebih berkredibel berbanding parti-parti lain, dan kami yakin bahawa di antara semua parti politik di Malaysia, keADILan kini mempunyai Bendahari Agung yang terbaik.

Seluruh rakyat Malaysia, kini khususnya ahli-ahli keADILan tentunya berbangga dengan rekod kejayaan Tan Sri Khalid yang membawa pulang syarikat Guhtrie daripada England dengan sehingga kini syarikat itu kekal di Malaysia sebagai antara syarikat ulung yang disegani. Bahkan, kita juga sangat berbangga dengan sejarah penubuhan Permodalan Nasional berhad (PNB) yang pelopori oleh Tan Sri Khalid. Tokoh besar itu kini berada bersama keADILan dan tentunya idea dan sumbangan beliau dapat membantu Parti mencapai matlamat kemenangan dalam Pilihanraya Umum akan datang.

Tentunya seluruh ahli dan penduduk di kawasan Parlimen Parit Sulong khususnya, dan warga Johor amnya menanti-nanti kehadiran Tan Sri Khalid ke Bahagian dan Negeri ini. Amanat Tan Sri Khalid kelak tentunya bakal memberi semangat baru kepada semua untuk mencapai cita-cita idea “Kebangkitan Johor.”

Pelantikan Tan Sri Khalid juga membuktikan kebijaksaan pemimpin tertinggi parti, terutamanya Presiden, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail dan Penasihat, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Salam Perjuangan.

Kebangkitan Johor

Zailan Abdul Hamid
Ketua Penerangan
keADILan Bahagian Parit Sulong.

14 Julai 2006 / 18 Jamadil Akhir 1427

[kembali ke halaman utama]

0 Comments:

Post a Comment

<< Home